Wednesday, January 13, 2010

sambungan.......

mengapa Allah s.w.t menyuruh sekalian manusia melihat kepada makanan???

hal ini adalah kerana secara umumnya Allah s.w.t memerintahkan umat manusia melihat kepada semua perkara di didalam kehidupan. dan ayat di atas menyeru manusia untuk berfikir dan melihat kepada makanan kita.

sebab???

makanan yang kita hadap sehari hari adalah salah satu daripada ciptaan Allah s.w.t yang maha Agung dan menjadi tanda dan bukti pada makhluk ciptaanNYA akan kebenaran sifat sifat Allah s.w.t

sifat sifat Allah s.w.t yang boleh kita lihat adalah sifatNYA Yang Maha:-
-memberi rezeki (ar razzaq)
-bijaksana (al hakeem)
-mendalam pengetahuannya (al khaber)
-mengetahui (al 'alim)
-mengasihani (ar rahim)
-pemurah (al karim)
-memberi petunjuk (al hadi)
-menghidupkan sesuatu (al muhyi)
-membentuk rupa dan mencipta (al musawwir)

didalam konteks Allah s.w.t maha bijaksana, kita sebagai manusia yang dianugerahkan akal untuk berfikir akan mengetahui bahawa apabila kita melihat kepada makanan kita, kita akan mendapati bahawa sifat tersebut wujud.

bagaimana???

penciptaan tali pusat ketika kita masih lagi janin dengan bentuk yang sangat unik dan penting fungsinya (menyalurkan makanan dari ibu), sehingga tidak terjangkau oleh akal fikiran hamba yang bernama manusia....

ketepatan kandungan susu ibu, yang menjadi keperluan kepada kita semasa kita bayi...menunjukkan perkiraan Allah s.w.t langsung tidak ada cacat celanya...

bahagian bahagian tumbuhan yang dibentuk dan diberikan fungsi oleh Allah s.w.t seperti dahan, daun daun, akar, ranting, dsbnya menghasilkan buah buahan yang pelbagai warna, bentuk dan rasa WALAUPUN berasal dari tanah yang sama...

selain itu, sebahagian sifat2 Allah s.w.t yang lain yang boleh kita lihat jika menggunakan akal dengan cara yang betul adalah maha mulianya Allah s.w.t kepada manusia.

buktinya???

sebagai contoh yang mudah, apabila ada satu manusia yang sanggup menyara dan menanggung 10 manusia yang lain tanpa minta dibalas atau diberikan atau mengharapkan apa2 balasan, sudah tentu manusia itu dianggap mulia dan ditinggikan kedudukannya didalam sesebuah masyarakat..
Allah s.w.t, pencipta manusia dan alam semesta ini, telah menjamin rezeki umat manusia dan juga kehidupan tanpa mengira manusia itu beragama ISLAM, yahudi, nasrani, buddha, hindu dan dengan pelbagai bentuk pemikiran....betapa mulia dan agungnya Allah s.w.t. namun manusia terutama pada zaman "darurat" ini, hanya segelintir sahaja yang tahu berterima kasih. bagaimana dengan kita??? tepuk minda tanya akal kita...masih waraskah kita????

bersesuaian dengan surah Hud ayat 6 yang bermaksud:-

"dan tiadalah sesuatupun dari makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. semuanya itu tersurat didalam kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat yang berkenaan)."

jadi, marilah sama sama kita meningkatkan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t diatas nikmat kurnia yang telah dilimpahkan kepada kita, agar kita menjadi hambaNYA yang bertaqwa. akhir kalam, sama samalah kita merenungkan ayat dibawah semoga menjadi panduan didalam menempuh kehidupan kita sehari hari:-

surah al baqarah,ayat 164 yang bermaksud:-

164. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.


Friday, January 8, 2010

manusia hendaklah melihat kepada makanannya

Dalam surah alquran, surah 'abasa ayat 24 "maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya"

apakah signifikannya Allah s.w.t menyuruh kita untuk melihat kepada makanan kita???
tidak pula diperintahkan untuk melihat kepada perkara lain yang lebih penting dalam hidup kita sebagai hambaNYA.???!

apabila kita meneliti ayat di atas, dengan berfikir secara mendalam, sudah tentu ada sesuatu perkara yang penting yang ingin disampaikan oleh Allah s..w.t Yang Maha Agung kepada kita. apabila kita melihat kepada makanan kita, tentunya akan timbul beberapa persoalan. antaranya mengapa suruhan Allah s.w.t adalah kepada makanan yang kita hadap sehari hari, bukan ibadat kita, atau bukan perkara lain seperti hal kekeluargaan, masyarakat dan sebagainya..hal ini kerana apabila kita merenung ayat ini dengan sebaiknya, kita akan dapat mengetahui apa sebenarnya tujuan Allah s.w.t melalui ayat ini. hal ini kerana dengan kita melihat kepada makanan kita, kita akan mengetahui beberapa ataupun sebahagian sifat - sifat Allah s.w.t yang maha agung.

Bagaimana???

antara sifat - sifat Allah s.w.t yang boleh kita lihat apabila kita meneliti makanan kita yang menjadi sebahagian daripada hidup kita, kita akan mendapati bahawa terdapat tanda tanda kekuasaan Allah s.w.t dan juga sifat - sifatNYA yang agung. antaranya sifat Allah s.w.t yang maha memberi rezeki (ar-razzaq). dalam konteks rezeki, Allah menjamin rezeki umat manusia tidak kira manusia itu beragama ISLAM, kristian, yahudi, buddha, hindu dan lain2. akan tetapi, amat malang bagi kita terutama yang beragama ISLAM, hanya sedikit atau segelintir dari kita yang mahu dan tahu untuk bersyukur kepada Allah s.w.t. dalam konteks ini juga, Allah s.w.t sebenarnya tidak akan membiarkan kita tanpa makanan. Allah s.w.t telah menjamin rezeki kita sejak kita dalam kandungan (janin) lagi hingga kita dewasa. dari situ, jelas sifat Allah yang Maha Mengasihani, dan juga Maha petunjuk, apabila memberi hidayah kepada kita sejak dari kita kecil (dalam kandungan) hingga dewasa dengan peruntukan rezeki yang menuntut manusia berusaha mencarinya dengan cara yang halal lagi berkat.

selain itu, sifat Allah yang lain yang boleh dilihat adalah Yang Maha Menghidupkan sesuatu. hal ini jelas melalui makanan kita...bagaimana??? sebenarnya dalam penciptaan makanan manusia itu sendiri, melibatkan elemen mati dan elemen hidup...maksudnya??? maksudnya adalah elemen mati adalah tanah, air,angin, cahaya matahari yang mempunyai sifat tidak beranak, tidak berkahwin, tidak bergerak, tidak makan, tidak minum dll digunakan oleh elemen hidup iaitu pokok2 dan tumbuh tumbuhan yang tumbuh, hidup, bercambah, dll untuk menghasilkan makanan manusia berupa buah buahan yang pelbagai bentuk dan rasa walhal berasal dari tanah yang sama...dengan sifat Allah s.w.t yang maha menghidupkan ini, Allah s.w.t hidupkan dan mengadakan benda yang hidup dari benda yang mati dan terus menjadi faedah kepada manusia.

bersambung........

Monday, October 26, 2009

apa tengok - tengok??


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

hati - hati memelihara hati


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

penilaian Allah s.w.t


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, August 14, 2009

Ramadhan


KEWAJIPAN BERTUDUNG DAN MENUTUP AURAT BAGI WANITA BERIMAN


Persoalan aurat ini telah diputuskan secara jelas oleh Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an menerusi ayat hijab iaitu ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud:

30."Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….." sehingga akhir terjemahan ayat ini.

Kehendak ayat ini adalah jelas, kecuali maksud "perhiasan tubuh yang zahir" itu. Allah tidak menerangkan maksudnya, begitu juga tiada hadis qawli (ucapan Nabi ) yang sahih tentangnya. Tetapi hadis iqrari (perakuan Nabi ) yang sahih amatlah banyak sekali, iaitu perakuan Nabi terhadap para Sahabiat (sahabat wanita) yang semuanya bertudung setelah turun ayat hijab itu.

Pertamanya, hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada ‘Aishah r.a.:

"Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya."

Kedua, hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah bint Shaybah katanya:

"Ketika kami bersama ‘Aishah r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aishah menyampuk: "Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw., seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka."

Lihat tentang tafsiran dua ayat dan dua hadis di atas dalam Muhd Ali al- Sabuni, Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir, (percetakan Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)

Dan ketiga, satu hadis yang tidak berapa sahih tentang tafsiran"perhiasan tubuh yang zahir" itu ialah yang diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada ‘Aishah r.a.:

Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: "Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini" (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya).

Dalam mentafsirkan ayat al-Qur’an yang bermaksud “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka”. Prof. Dr. Hamka, dalam buku Tafsir Al-Azhar jld. 7 menjelaskan bahawa : ‘Peringatan kepada perempuan, selain menjaga penglihatan mata dan memelihara kemaluan, ditambah lagi iaitu janganlah dipertontonkan perhiasan mereka kecuali yang nyata sahaja. Cincin di jari, muka dan tangan, itulah perhiasan yang nyata. Ertinya yang sederhana dan tidak menyolok dan menganjurkan. Kemudian diterangkan pula bahawa hendaklah selendang (kudung) yang telah memang tersedia ada di kepala itu ditutupkan ke dada’.

Dalam mentafsirkan ayat yang sama, Ahmad Mustafa Al-Maraghiy dalam kitabnya Tafsir Al-Maraghiy jld.9 pula menjelaskan bahawa : “ Begitu juga setiap wanita hendaklah tidak menampakkan sedikitpun perhiasannya terhadap lelaki yang bukan muhrim, kecuali perhiasan yang biasa nampak dan tidak mungkin dapat disembunyikan, seperti cincin, celak mata dan lipstik. Dalam hal ini mereka tidak akan mendapat kesalahan. Kecualilah jika mereka menampakkan perhiasan yang patut disembunyikan seperti gelang tangan, gelang kaki, kalung mahkota, selempang dan anting-anting kerana semua perhiasan ini terletak pada bahagian tubuh (pergelangan tangan, betis, leher, kepala, dada dan telinga) yang haram dipandang kecuali oleh orang yang dibenarkan untuk melihatnya. Setelah melarang daripada menampakkan perhiasan, Allah Ta’ala selanjutnya memerintahkan agar menyembunyikan sebahagian tempat perhiasan pada anggota tubuh itu di mana mereka hendaklah melabuhkan tudung kepala ke dada bahagian atas hingga di bawah leher, supaya dengan yang demikian mereka dapat menutupi rambut, leher dan dadanya, sehingga tidak sedikitpun dapat dilihat oleh orang lain. Seringkali wanita menutupkan sebahagian tudungnya ke kepala dan sebahagian lagi dilabuhkan ke punggung sehingga nampak pangkal leher serta sebahagian dadanya seperti yang telah menjadi adat jahiliyyah. Dari itu mereka dilarang berbuat demikian”.

Daripada kedua-dua tafsiran ini jelaslah bahawa seorang wanita yang beriman itu wajib memakai tudung dan menutup aurat serta perhiasan-perhiasan yang terletak pada bahagian tubuh yang wajib disembunyikan daripada pandangan orang yang bukan muhrim kecuali pada muka dan kedua-dua pergelangan tangan yang merupakan perhiasan yang nyata bagi mereka.

Seterusnya, Allah Ta’ala turut menegaskan lagi mengenai kewajipan ini dalam Al-Qur’an Al-Karim menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:

"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."

Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata, "Allah s.w.t. memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita beriman agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang dipakai di atas tudung kepala…" (Lihat Muhd ‘Ali al-Sabuni, Mukhtasar Tafsir ibn Kathir, Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)

Berdasarkan tafsiran ini, makna jilbab yang paling tepat dalam konteks hari ini ialah cadur, seperti yang dipakai oleh wanita Iran itu. Bagaimanapun jilbab yang difahami dan dipakai oleh wanita Islam Melayu sekarang pun telah mencapai maksud ayat tadi, iaitu supaya mereka dikenal sebagai wanita solehah dan tidak berani diganggu oleh lelaki fasiq pada kebiasaannya. Jilbab itu hendaklah labuh sedikit sehingga menutup bentuk dada mereka dan lebih baik lagi sehingga menutup paras punggung mereka. Ini kerana antara tempat yang paling menarik perhatian dan menjadi bualan lelaki-lelaki fasiq ialah dua tempat sensitif itu. Maka perlulah tutup lebih sedikit berbanding betis dan lengan. Perkara inilah yang wajib difahami oleh wanita-wanita yang mulia, terhormat dan mempunyai harga diri. Adapun wanita yang tidak bercita-cita sedemikian, maka mereka mencipta pelbagai alasan untuk mengharuskan pendedahan aurat atau perhiasan sulit (bukan zahir) mereka. Namun para pendakwah perlulah berhikmah dan beransur-ansur dalam pendekatan mereka. Jangan menghentam, menyerang dan menghina wanita Islam yang belum dihidayatkan Allah itu. Berilah galakan kepada mereka dan puji-pujilah mereka bahawa mereka kelihatan lebih cantik dan menawan bila mereka menutup aurat. Mudah-mudahan pujian tersebut dapat melembutkan hati mereka untuk bertudung dan menutup aurat dengan sempurna. Namun, pendekatan beransur-ansur itu bukan bermakna mengatakan mendedah rambut tidak berdosa langsung. Ini adalah pernyataan yang salah dan menyeleweng daripada tuntutan syariat Allah dan RasuNya.

Cara menutup aurat seperti yang diterangkan tadi adalah wajib bagi setiap wanita Islam bermula sejak mereka baligh sehingga mencapai usia yang tiada keinginan untuk berkahwin/bersuami lagi (menopaus). Bila mereka telah mencapai usia menopaus dan tiada keinginan lagi, maka ketika itu ada kelonggaran untuk mereka tidak menutup rambut dengan syarat tidak bersolek. Jika mereka masih bersolek dan berpakaian seksi, maka dakwaan bahawa mereka tiada keinginan adalah tidak diterima, kerana lazimnya tujuan solek dan pakaian seksi itu adalah untuk menarik perhatian dan mencari pasangan. Walau bagaimanapun, kekal beriltizam dengan cara menutup aurat yang sempurna itu adalah lebih baik bagi mereka, walaupun sesudah tiada keinginan. Hukum ini berdasarkan ayat 60 Surah al-Nur.

" DAN PEREMPUAN TUA YANG TELAH BERHENTI (DARI HAID DAN MENGANDUNG) DAN TIDAK INGIN MENIKAH (LAGI), MAKA TIDAK ADA DOSA MENANGGALKAN PAKAIAN (LUAR) MEREKA DENGAN TIDAK (BERMAKSUD) UNTUK MENAMPAKKAN PERHIASAN, TETAPI MEMELIHARA KEHORMATAN ADALAH LEBIH BAIK BAGI MEREKA. ALLAH MAHA MENDENGAR, MAHA MENGETAHUI".